• bannerICC2




  • bannersocial
  • bannerbusiness




  • bannereducation




  • banneradmin




SIGGC Asah Bakat Kreatif Pelajar - Pembelajaran Berteraskan Games

 

siggc news

UUM ONLINE:Sintok International Games and Gamification Challenge (SIGGC) 2017yang pertama kali diadakan mencungkil bakat kreatif para pelajar, warga akademik dan masyarakat.

"Kanak-kanak perlu games untuk meningkatkan daya fikir, ini terbukti apabila kajian mendapati pelajar yang belajar melalui kaedah gamifikasi menunjukkan minat, aktif, sekali gus meningkatkan produktiviti, motivasi dan pencapaian pelajar.

"Pembelajaran berteraskan games dengan pelbagai aplikasi menjadikan pelajar lebih seronok dan memahami subjek dengan lebih mudah, ada bahan yang membuatkan mereka teruja untuk bersaing," ucap Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Huda Ibrahim di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jelasnya, permainan dan gamifikasi mula menjadi alat yang penting untuk menyampaikan ilmu serta menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan  interaktif.

"Pasaran dan permintaan untuk menghasilkan perisian gamifikasi sangat tinggi dan harus diberi perhatian kerana bidang ini menjana pendapatan lumayan.

"Kita perlu merangka satu inisiatif untuk mereka yang berkebolehan membangunkan permainan dan gamifikasi secara kreatif dan inovatif serta menerapkan nilai dan budaya tempatan untuk pembelajaran yang berkesan.

"SIGGC juga membantu UUM menghasilkan produk inovasi berdasarkan permintaan industri dalam bidang permainan, gamifikasi dan kandungan digital," katanya ketika merasmikan majlis.

Tambahnya, program ini dapat mengenal pasti hasil penyelidikan atau produk yang boleh diketengahkan untuk pengkomersilan dalam atau luar negara, membudayakan pemikiran kreatif sebagai pendekatan fleksibel dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta keusahawanan dalam kalangan masyarakat.

"Keluar universiti pelajar boleh hasilkan produk sendiri misalnya BoBoiBoy, Upin & Ipin, Didi & Friends terhasil daripada mereka yang minat bermain games, kemudian mereka membawa minat tersebut untuk jadi usahawan berjaya," luahnya.

Manakala Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Dr Razamin Ramli berkata, SIGGC sebagai inisiatif awal mewujudkan platform bagi mengangkat bakat kreatif pelajar dalam program berbentuk pertandingan inovasi yang bertumpu kepada aplikasi digital dan kandungan kreatif.

"Kita menyasarkan semuda-muda pelajar sekolah rendah sehingga IPT untuk membina kemahiran seterusnya melangkah ke peringkat lebih tinggi , menjana digital economy, industri kreatif selain menyokong agenda STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Math," kongsinya.

Ujarnya, program sehari itu bertindak sebagai medan untuk bertukar-tukar idea, pengalaman dan hasil inovasi dalam aspek yang berkaitan dengan permainan dan gamifikasi.

SIGGC merupakan anjuran ICC dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) serta Uniutama Solution Sdn. Bhd. (USSB).

 

PECIPTA 2017

 WhatsApp Image 2017 10 10 at 11.27.44 AM

 Presentation1

UUM ONLINE: Terengganu - Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya merangkul 13 pingat pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2017 yang berakhir, semalam.

UUM telah meraih dua (2) pingat emas, empat (4) pingat perak dan tujuh (7) pingat gangsa menerusi produk yang dihasilkan penyelidik universiti.

Program dwitahunan yang berlangsung selama tiga hari mulai 7 Oktober lalu di Stadium Tertutup, Gong Badak itu disertai 40 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta, tujuh Politeknik dan dua buah Kolej Komuniti seluruh negara. Sebanyak 89 pingat emas, 96 pingat perak dan 183 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada penyelidik di samping anugerah khas kepada 12 produk daripada 416 produk inovasi yang diketengahkan kali ini.

Dengan tema Nurturing Entrpreneurs through Education, Industry, Technology and Social Innovation, Pecipta 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) and Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.

Sumber: UKK

Gamification And Digital Content Advisory Workshop

 WhatsApp Image 2017 09 20 at 9.08.47 AM

a

A half-day workshop on the Gamification and Digital Content Advisory: Transforming Your Ideas was successfully held on 19 September 2017 at the meeting room CETMA UUM. This workshop was being attend by 7 participants from UUM staff.

This workshop was organized by the Innovation and Comercialization Centre (ICC). The program started with a brifieng session by the chaiman of ATS Venture Sdn. Bhd. Dr. Shahrul Azmi Mohd. Yusof which is one of the start-up company that actively involved in developing a gaming system in UUM. Dr Sharul gave speech about the potential of gamification and the related industries. The session then continued with knowledge sharing and brainstorming of ideas among facilitators and participants. The facilitators involved in this workshop were Dr. Shahrul Azmi Mohd. Yusof, Dr. Amran Ahmad and Badrul Hisham. 

The intention of this workshop is to generate ideas among participants, while facilitating them on the avenues to produce relevant products using attractive tools for gamification with creative digital content.

The workshop continued with demonstration by Dr Sharul about one of the game that have been develop which is UUM Venture to the participant. This game is focus to train the student about biding a project in real world situation by using game mechanical. Then it was continued by Badrul Hisham, one of developer in ATS Venture Sdn. Bhd. to show how his M Sepak Takraw game been develop.

This workshop can be considered a success since there are interest to collaborating further from the participants. It is hoped that this workshop is a starting point for a more conducive platform for reseachers, experts and students working as a team to produce more attractive and industrial tailored creative products,which is aimed to generate income for the university directly or indirectly.

Event Calendar

Online Services


stafmail1myuum1searchpeople1servicedesk1

onlinepayment1mybox1mylab1umis1

learningzone1onlineiso1onlinestatistic1webopac1

Information for...


infostaffinfostudentinfovisitor

Locate Us

          map

Get In Touch

2015 annual civil icon

 Innovation & Commercialization Centre,
 Universiti Utara Malaysia,
 06010 Sintok, Kedah, Malaysia.

phone icon  +(6)04-928 8751
fax icon  +(6)04-928 8752
email  inovasi@uum.edu.my