All News

InnoCoL MODUL 2 LENGKAPKAN ILMU INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PESERTA

WhatsApp Image 2023 03 01 at 9.16.21 AM

UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan Program Kepimpinan Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek (InnoCoL) bersama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) kepada penyelidik dan pentadbir universiti awam dan swasta serta staf Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini diadakan secara berkala di mana ia melibatkan tiga modul yang saling berkait antara satu sama lain. Ketiga-tiga modul perlu dihadiri oleh individu yang sama bagi mendapatkan ilmu berkaitan inovasi dan pengkomersialan.

Modul 1 iaitu Inovasi dan Pengkomersialan telah berjaya dilaksanakan pada 7 hingga 9 Februari lalu di EDC-UUM yang telah dihadiri 60 peserta daripada pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh negara. Modul ini telah memberi manfaat kepada peserta tentang inovasi dan pengkomersialan harta intelek dalam konteks IPT dan negara.

Manakala Modul 2 iaitu Pendrafan Paten Akademia pula memberi fokus kepada pendrafan dokumen paten telah dilaksanakan pada 6 hingga 8 Mac lalu di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.

WhatsApp Image 2023 03 14 at 1.28.40 PM 1

Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, secara dasarnya, program ini memberi manfaat kepada penyelidik yang masih baharu berkaitan paten. Modul 2 ini memberi pendedahan kepada penyelidik IPTA dan IPTS berkaitan pendrafan dokumen paten.

Selain itu, menurutnya, program ini membuka ruang kepada warga universiti di seluruh Malaysia menjalinkan hubungan strategik dan bekerjasama dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.

Penceramah, Nursyuhada Mohd Shafawi yang merupakan Pengarah Eksekutif, Invenxer Sdn. Bhd. dan Mohamed Ikhwan Shahdzul Bakri, Pengarah Urusan Invenxer Sdn. Bhd. telah dijemput bagi mengendalikan program tersebut. Invenxer Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menguruskan pemfailan peten terutamanya dalam penyediaan daraf dokumen paten.